Pengikut

Selasa, 6 Disember 2011

Refleksi Makropengajaran

Refleksi  Makropengajaran
Makropengajaran adalah satu lagi cabaran dalam tugasan Pengajaran Teknologi dan Penaksiran 2. Walaupun ianya Cuma berlangsung selama 30 minit , namun ia memerlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi kerana pengajaran ini perlu dirakamkan oleh rakan guru dan ditonton oleh beberapa rakan guru yang lain. Untuk menghasilkan rakaman makro ini , saya telah membuat ulangan rakaman kerana masalah teknikal yang dihadapi kerana jururakam yang digunakan adalah amatur. Namun itu bukanlah alasan untuk menyiapkan sesi rakaman walaupun siap dalam masa yang agak lama.
Semenjak di maktab perguruan lagi, saya telah didedahkan dengan makropengajaran dan sudah lali dengan ulasan para pensyarah . Kadangkala bila difikirkan semula , pensyarah banyak membantu untuk melahirkan guru cemerlang dalam profesion ini. Kini umpama sireh pulang ke gagang, saya diselia kembali oleh rakan guru untuk memberikan komen tentang kelemahan, kekuatan dan penambaikan dalam pengajaran saya. Semoga hasil yang diperolehi dapat meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran saya pada masa akan datang.

  1. Kelemahan
Setelah menonton beberapa kali rakaman video makropengajaran saya, kami telah mengenalpasti beberapa kelemahan dalam pengajaran yang telah saya lakukan. Antaranya ialah, bahan bantu mengajar yang kurang menarik perhatian murid. Kad perkataan yang digunakan agak ketinggalan zaman kerana sejak dulu lagi telah digunakan. Selain itu, pengurusan masa untuk setiap langkah agak tidak terkawal sehingga ada langkah yang dikurangkan masanya. Dalam pengajaran guru, ada dikalangan murid yang tidak menumpukan perhatian terutama sekali murid lemah. Murid-murid ini leka dengan dunia masing-masing dan guru kadang-kadang tidak perasan dengan kumpulan murid ini. Sepanjang pengajaran, guru tidak menggunakan peralatan ICT untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran. Ini amat merugikan kerana sekolah telah dibekalkan dengan pelbagai peralatan ICT untuk meningkatkan mutu pengajaran guru. Guru juga tidak menggunakan radio semasa aktiviti nyanyian diadakan. Penggunaan peralatan muzik juga boleh digunakan untuk menggantikan radio supaya ianya lebih menarik.


b.Kekuatan
Terdapat juga beberapa kekuatan yang perolehi hasil dari rakaman makropengajaran yang telah saya lakukan. Secara jujurnya, objektif pengajaran saya pada hari itu tercapai walaupun tidak sepenuhnya. Selain itu, kekuatan dari segi lontaran suara amat jelas pada rakaman ini. Ini membolehkan setiap arahan dan ajaran guru dapat didengar murid dengan jelas dan sekaligus mencipta tindakbalas berkesan antara guru dan murid. Guru memberikan penghargaan kepada murid yang melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dengan bertepuk tangan dan perkataan seperti bagus , baik dan sebagainya. Ini dapat meransang murid untuk melibatkan diri secara aktif dan pengajaran guru. Guru juga begitu prihatin terhadap murid pelbagai kebolehan di dalam kelas tanpa meminggirkan mereka dalam menimba ilmu. Guru memberikan peluang sama rata pada setiap aktiviti yang dijalankan. Sikap terpuji juga ditunjukkan apabila guru begitu sabar melayan karenah pelajar walaupun mereka merangkak membaca dan menjawab soalan yang diajukan. Akhir sekali, guru juga berperwatakan menarik serta keyakinan yang tinggi semasa mengajar banyak membantu melahirkan sese pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Murid-murid juga memberikan tindak balas yang baik sepanjang pengajaran guru.


c.Penambahbaikan
Perpandukan kelemahan yang diperolehi, sudah sewajarnya saya memerlukan penambahbaikan dalam pengajaran untuk meningkatkan keprofesionalisme keguruan. Untuk meningkatkan pemahaman murid, guru haruslah membina bahan bantu mengajar yang lebih sesuai dengan tahap pelajar. Pelajar tahap 1 di sekolah rendah lebih berminat kepada gambar dan tulisan yang berwarna-warni. Untuk memudahkan guru, ia boleh diperolehi melalui laman sesawang. Daya kreativiti yang tinggi amat dituntut dalam mendidik modal insan zaman milinium ini. Selain itu, guru digalakkan menggunakan peralatan ICT semasa mengajar. Contohnya guru boleh menayang gambar slaid burung sebagai set induksinya. Menggunakan komputer lalu dipancarkan ke skrin untuk aktiviti memadankan perkataan. Untuk melahirkan aktiviti nyanyian yang menarik , guru seharusnya menggunakan radio dan kaset serta alat genderang. Murid-murid pasti akan seronok melakukan aktiviti ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan