Pengikut

Selasa, 6 Disember 2011

Refleksi Mikropengajaran

Refleksi  Pembelajaran Mikropengajaran

Menurut ( Micheel J. Wallace ) pengajaran mikro adalah penemuan pengajaran yang dimudahkan. Pengertian itu membawa maksud ianya adalah satu situasi pengajaran yang telah dikurangkan skopnya, tugas guru dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan.  Membuat rakaman sesi mikropengajaran menjadi satu pengalaman yang mengujakan bagi saya. Setelah hampir dua dekad bergelar guru, pengalaman ini ironinya mengimbau semula zaman semasa menjadi pelajar  di maktab perguruan. Secara jujurnya saya agak kekok apabila berhadapan dengan kamera sambil diperhatikan beberapa orang rakan. Sementelahan lagi, mereka merupakan guru-guru baru yang sememangnya sudah sinonim dengan aksi mikropengajaran. Walaupun begitu, demi tugasan yang perlu disempurnakan saya gagahkan juga untuk menampilkan pengajaran mikro mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2. Setelah selesai, saya telah meminta pendapat dari rakan-rakan tentang kelemahan, kekuatan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk meningkatkan mutu pengajaran saya.

  1.  Kelemahan
Hasil pemerhatian kami mendapati ada beberapa kelemahan yang agak ketara semasa sesi mikropengajaran yang telah dijalankan. Antaranya ialah bahan bantu mengajar yang digunakan agak kurang menarik. Tulisan guru di atas kad manila agak kecil dan tidak kemas sehingga menyukarkan murid-murid untuk membaca. Ini menyebabkan murid-murid kurang teruja mengikuti pengajaran guru. Ini menyebabkan ada dikalangan murid tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Kawalan kelas pula kurang diberi perhatian kerana guru kadangkala memfokuskan kepada golongan murid tertentu sahaja. Ini dapat diperhatikan apabila murid duduk dengan kedudukan yang betul dan bermain sesama sendiri.








b. Kekuatan
Berdasarkan maklum balas rakan-rakan guru, ada juga kekuatan pengajaran mikro yang telah dilaksanakan. Antaranya ialah kekuatan lontaran suara menjadikan setiap arahan yang dikeluarkan jelas dan mengesankan. Sepanjang pengajaran, guru berjaya menarik perhatian murid-murid dengan nada suara yang sesuai dan tidak mendatar atau membosankan. Selain itu, guru membaca ayat dengan bahasa Melayu baku yang menjadi tunjang kekuatan seseorang guru mengajar murid-murid di kawasan pedalaman. Guru terus menegur murid apabila sebutan mereka kurang tepat. Ini untuk mengelakkan murid daripada terus melakukan kesilapan serupa dimasa akan datang. Guru juga acap kali memberikan penghargaan tatkala murid selesai membaca dengan memberikan tepukan dan kata-kata semangat. Ini menjadikan murid teruja untuk mencuba dan seterusnya menerbitkan pola pengajaran yang menarik. Akhir sekali, perwatakan guru yang bersahaja dan agak lucu menjadikan pengajarannya berkesan. Murid-murid terhibur dengan gelagat guru dan terus mengikuti pengajaran tanpa tekanan. Ini menjadikan murid lebih yakin untuk berinteraksi dalam pengajaran dan pembelajaran.


c. Penambahbaikan 
Berdasarkan kelemahan yang telah dikenalpasti , saya akan meningkatkan usaha untuk menambahbaik mutu pengajaran pada masa akan dating. Antaranya ialah, bahan bantu mengajar yang lebih menarik dan sesuai dengan tahap murid yang berada di tahun 2. Tahap 1 di sekolah rendah memerlukan guru lebih kreatif dalam membina bahan bantu mengajar . Dengan bahan yang lebih besar dan kemas hurufnya serta berwarna-warni akan menjadikan murid lebih bermotivasi untuk menimba ilmu. Selain itu, saya akan memberikan perhatian yang sama rata kepada semua murid supaya mereka lebih berdisiplin semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dengan kata lain, kawalan kelas amat perlu diberi perhatian serius semasa mengajar kerana ia boleh mengganggu proses pembelajaran dan menjadikan suasana kelas tidak terkawal.



Refleksi Makropengajaran

Refleksi  Makropengajaran
Makropengajaran adalah satu lagi cabaran dalam tugasan Pengajaran Teknologi dan Penaksiran 2. Walaupun ianya Cuma berlangsung selama 30 minit , namun ia memerlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi kerana pengajaran ini perlu dirakamkan oleh rakan guru dan ditonton oleh beberapa rakan guru yang lain. Untuk menghasilkan rakaman makro ini , saya telah membuat ulangan rakaman kerana masalah teknikal yang dihadapi kerana jururakam yang digunakan adalah amatur. Namun itu bukanlah alasan untuk menyiapkan sesi rakaman walaupun siap dalam masa yang agak lama.
Semenjak di maktab perguruan lagi, saya telah didedahkan dengan makropengajaran dan sudah lali dengan ulasan para pensyarah . Kadangkala bila difikirkan semula , pensyarah banyak membantu untuk melahirkan guru cemerlang dalam profesion ini. Kini umpama sireh pulang ke gagang, saya diselia kembali oleh rakan guru untuk memberikan komen tentang kelemahan, kekuatan dan penambaikan dalam pengajaran saya. Semoga hasil yang diperolehi dapat meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran saya pada masa akan datang.

  1. Kelemahan
Setelah menonton beberapa kali rakaman video makropengajaran saya, kami telah mengenalpasti beberapa kelemahan dalam pengajaran yang telah saya lakukan. Antaranya ialah, bahan bantu mengajar yang kurang menarik perhatian murid. Kad perkataan yang digunakan agak ketinggalan zaman kerana sejak dulu lagi telah digunakan. Selain itu, pengurusan masa untuk setiap langkah agak tidak terkawal sehingga ada langkah yang dikurangkan masanya. Dalam pengajaran guru, ada dikalangan murid yang tidak menumpukan perhatian terutama sekali murid lemah. Murid-murid ini leka dengan dunia masing-masing dan guru kadang-kadang tidak perasan dengan kumpulan murid ini. Sepanjang pengajaran, guru tidak menggunakan peralatan ICT untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran. Ini amat merugikan kerana sekolah telah dibekalkan dengan pelbagai peralatan ICT untuk meningkatkan mutu pengajaran guru. Guru juga tidak menggunakan radio semasa aktiviti nyanyian diadakan. Penggunaan peralatan muzik juga boleh digunakan untuk menggantikan radio supaya ianya lebih menarik.


b.Kekuatan
Terdapat juga beberapa kekuatan yang perolehi hasil dari rakaman makropengajaran yang telah saya lakukan. Secara jujurnya, objektif pengajaran saya pada hari itu tercapai walaupun tidak sepenuhnya. Selain itu, kekuatan dari segi lontaran suara amat jelas pada rakaman ini. Ini membolehkan setiap arahan dan ajaran guru dapat didengar murid dengan jelas dan sekaligus mencipta tindakbalas berkesan antara guru dan murid. Guru memberikan penghargaan kepada murid yang melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dengan bertepuk tangan dan perkataan seperti bagus , baik dan sebagainya. Ini dapat meransang murid untuk melibatkan diri secara aktif dan pengajaran guru. Guru juga begitu prihatin terhadap murid pelbagai kebolehan di dalam kelas tanpa meminggirkan mereka dalam menimba ilmu. Guru memberikan peluang sama rata pada setiap aktiviti yang dijalankan. Sikap terpuji juga ditunjukkan apabila guru begitu sabar melayan karenah pelajar walaupun mereka merangkak membaca dan menjawab soalan yang diajukan. Akhir sekali, guru juga berperwatakan menarik serta keyakinan yang tinggi semasa mengajar banyak membantu melahirkan sese pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Murid-murid juga memberikan tindak balas yang baik sepanjang pengajaran guru.


c.Penambahbaikan
Perpandukan kelemahan yang diperolehi, sudah sewajarnya saya memerlukan penambahbaikan dalam pengajaran untuk meningkatkan keprofesionalisme keguruan. Untuk meningkatkan pemahaman murid, guru haruslah membina bahan bantu mengajar yang lebih sesuai dengan tahap pelajar. Pelajar tahap 1 di sekolah rendah lebih berminat kepada gambar dan tulisan yang berwarna-warni. Untuk memudahkan guru, ia boleh diperolehi melalui laman sesawang. Daya kreativiti yang tinggi amat dituntut dalam mendidik modal insan zaman milinium ini. Selain itu, guru digalakkan menggunakan peralatan ICT semasa mengajar. Contohnya guru boleh menayang gambar slaid burung sebagai set induksinya. Menggunakan komputer lalu dipancarkan ke skrin untuk aktiviti memadankan perkataan. Untuk melahirkan aktiviti nyanyian yang menarik , guru seharusnya menggunakan radio dan kaset serta alat genderang. Murid-murid pasti akan seronok melakukan aktiviti ini.


RPH Makropengajaran

Rancangan Pengajaran Harian
Matapelajaran :           Bahasa Malaysia
Tarikh              :           29 Oktober 2011
Masa                :           1200-1230 
Tahun              :           Tahun 2          
Bil Murid-murid:         15 Orang
Tema               :           Kisah dan Teladan
Tajuk               :           Sang Merbah dan Sang Murai

Huraian Pelajaran
Fokus Utama   :           3.1    Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara
                                             tajuk dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ayat
                                             yang tepat dan laras bahasa yang sesuai
Aras 1 (i) – Mengenal pasti frasa dan ayat yang sesuai untuk menyampaikan maklumat
Fokus Sampingan :      5.1 –  Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca
                                    Aras 1 (iii) – Memahami perkataan, frasa dan ayat
Objektif:
                                    Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
(a)    Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul
(b)   Menyatakan maksud perkataan
Sistem bahasa     :
(i)                 Tatabahasa  : kata nama, ayat majmuk, imbuhan dan simpulan bahasa
(ii)               Kosa Kata     : sarang, berlindung, berwaspada, hinggap dan lain-lain
Pengisian Kurikulum:
(i)                 Ilmu     : Kajian Tempatan
(ii)               Nilai Murni      : Rajin dan berdikari
(iii)             Kemahiran berfikir      : menjana idea, membuat hubung kait dalam perhubungan
(iv)             Kecerdasan Pelbagai   :  kontekstual
(v)               Pengetahuan Sedia Ada:  Murid tahu tentang burung dan habitatnya
                        (ix)       Bahan Bantu Mengajar           : Kad Perkataan ,Lembaran kerja                                                          .






Langkah

Isi pelajaran
Aktiviti

Nota/
BBM/
ABM
Guru
Murid
Set induksi
( 3 minit )
-Bersoal-jawab tentang burung
-Guru menyoal murid tentang nama burung yang mereka ketahui
-Murid memberi respon dengan menjawab soalan yang dikemukakan guru



Langkah 1
( 10 minit )
Petikan dalam buku teks
-Guru membaca petikan dengan nada dan intonasi yang betul.
- Guru meminta murid membaca petikan secara kelas, kumpulan dan individu.
- Murid mendengar dengan teliti petikan yang dibaca guru.
- Murid membaca petikan secara kelas,kumpulan dan individu dengan nada dan intonasi yang betul.


Buku Teks
Langkah 2
( 7 minit )
-Kosa kata




-Perkataan seerti
- Guru menunjukkan kad perkataan
- Guru meminta murid mengeja dan menyebut perkataan dengan betul
- Guru menyuruh murid mengenal pasti perkataan yang sama erti dan memadankannya di papan tulis.
- Murid mengeja dan menyebut kad perkataan yang ditunjuk guru.
- Mengenal pasti perkataan yang seerti dan kemudian memadankannya di papan tulis.



Kad perkataan
Langkah 3
( 7 minit )

-Lembaran kerja
-Guru mengedarkan lembaran kerja dan menerangkan cara menjawab latihan yang disediakan


- Guru memantau murid menjawab latihan.
-Murid menjawab latihan yang disediakan guru.
-Kumpulan A membina ayat
- Kumpulan B mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai


Lembaran kerja
Penutup
( 3 minit )
Nyanyian
-Guru meminta murid menyanyikan lagu ‘Burung Saya’
-Guru meminta murid menyanyikan semula dengan menukarkan haiwan lain.
- Murid menyanyikan lagu dengan nada dan intonasi yang betul.
- Menyanyikan semula lagu dengan menukarkan lirik dengan haiwan lain.
Lirik lagu ‘Burung Saya’


Burung Saya

Saya ada burung,
Dibuat oleh ayah,
Leher pakai tali,
Burungku mahu lari,
Oh burungku garang,
Ekornya sangat panjang,
Burung ayah buat,
Dari pelepah pisang.







Petikan ‘ Sang Merbah dan Sang Murai’

Pada suatu hari, seekor burung murai telah bertemu dengan seekor burung merbah. Pada ketika itu, Sang Merbah sedang bertungkus – lumus membuat sarangnya. Sambil ketawa, Sang Murai berkata,” Hai Sang Merbah! Aku sangat kasihan melihat keadaan kamu ini. Setiap masa kamu terpaksa bermandi peluh. Lihatlah aku ini. Hidup bebas terbang ke sana sini.”
           
Sang Merbah lalu berkata,” Tak apalah, wahai Sang Murai. Aku membuat sarang ini sebagai langkah berjaga-jaga. Lagipun, tidak lama lagi, musim hujan akan tiba. Jadi , terpaksalah aku berwaspada.”
           
Selang beberapa hari, Sang Murai datang lagi ke tempat Sang Merbah. Sang Murai terkejut melihat sebuah sarang yang sangat cantik telah pun siap dibina. Kebetulan pada masa itu hujan mulai turun dengan lebatnya. Sang Murai basah kuyup. Sang Merbah pula selesa berlindung di dalam sarangnya.
           
Lalu Sang Merbah berkata,” Wahai Sang Murai, kalau kita ringan tulang, tentulah kita akan mendapat faedahnya. Sebaliknya jika kita berat tulang, diri sendiri yang akan rugi.” Sang Murai berasa sangat malu, lalu beredar dari situ.


Kad Perkataan

Membuat

membina

Terkejut

terperanjat

Berwaspada

berhati-hati

Tiba

datang


Lembaran kerja Kumpulan A
Bahasa Melayu Tahun 2
Nama  : ______________                                                   Tarikh :_____________

  1. Bina ayat majmuk daripada perkataan yang diberi.


1.      Membuat 
______________________________________________________________________________________________________________________________

2.      Terkejut
______________________________________________________________________________________________________________________________
  
3.      Berwaspada      
______________________________________________________________________________________________________________________________

4.      Datang
_______________________________________________________________
            _______________________________________________________________







Lembaran kerja Kumpulan B
Bahasa Melayu Tahun 2
Nama  : ______________                                                   Tarikh :_____________

  1. Isi tempat kosong dengan perkataan –perkataan di bawah.

tiba
terperanjat


membina
berhati-hati




  1.  Kita hendaklah _________________ ketika melintas di jalan raya yang sibuk.

  1. Umarul _________ di sekolah pada pukul 6:45 pagi pada setiap hari.

  1. Kakak ______________ apabila seekor cicak yang besar melintas di hadapannya.

  1. Syafiq ______________ rumah yang cantik untuk dihadiahkan kepada ibunya yang sudah tua.


Khamis, 1 Disember 2011

Contoh Ujian Pra- UPSR Bhg B dan C



Bahagian B
(Masa dicadangkan : 40 minit)
(30 markah)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1.      Pihak sekolah akan mengadakan satu majlis bersempena dengan Hari Guru tahun ini.   Sebagai ketua murid kamu telah  diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis itu nanti. Sediakan ucapan kamu selengkapnya.


ATAU

2.     Kamu tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah selama beberapa hari kerana terpaksa mengikuti keluarga pulang ke kampung halaman untuk melawat  datuk yang sakit . Tulis sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk menyatakan sebab ketidakhadiran kamu itu. Tulis surat kamu itu selengkapnya.



ATAU


3.     Pada cuti pertengahan semester yang lalu , kamu sekeluarga telah bercuti di kampung. Ceritakan pengalaman kamu itu.



2
Bahagian C
(Masa dicadangkan : 20 minit)
(20 markah)
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
         
         Ramli mempunyai sebuah gerai ikan bakar di Serian. Ramli membuka gerai tersebut dengan modal permulaan sebanyak RM 500. Gerai ikan bakar Ramli memang dikenali ramai. Gerainya sentiasa mendapat sambutan hangat bukan sahaja daripada penduduk setempat malahan daripada penduduk luar. Mereka datang dari jauh semata-mata ingin menikmati kesedapan dan keenakan ikan bakar Ramli. Gerai Ramli menjadi sebutan dan tidak hairanlah jika gerainya sentiasa dipenuhi pengunjung pada setiap malam. Di samping itu, Ramli sentiasa memastikan gerainya bebas daripada kotoran dan pencemaran. Setelah perniagaan Ramli maju, dia tidak mampu lagi untuk menguruskan gerai ikan bakarnya sendirian. Ramli mengambil beberapa orang pekerja untuk membantunya. Walaupun Ramli sibuk dan letih, namun dia tetap memberi layanan yang baik kepada para pelanggannya. Kepuasan hati pelanggan merupakan kepuasan bagi dirinya. Pada tahun berikutnya, perniagaan Ramli tidak tertumpu pada ikan bakar sahaja tetapi disediakan juga sotong bakar dan kerang bakar. Idea untuk menjual sotong dan kerang bakar adalah cadangan daripada seorang pelanggannya yang sering kali berkunjung ke gerainya. Ramli bercita-cita ingin membuka gerai ikan bakar yang lebih besar pada suatu hari nanti. Jika dia berusaha dengan gigih, impiannya pasti akan menjadi kenyataan.











3


                                                               
Bahagian C
1 Kita mesti gigih berusaha untuk berjaya.         
2 Pelanggan perlu dilayan dengan baik.
3 Kita mesti kreatif untuk memajukan lagi perniagaan.
4 Kita mesti mempunyai matlamat untuk memajukan lagi perniagaan
5 Kita mesti sentiasa berusaha untuk mencapai apa yang diimpikan.




RPH BM THN 2

Matapelajaran :           Bahasa Malaysia
Tarikh              :           28 Mac 2011
Masa                :           0730-0800 pagi
Tahun              :           Tahun 2          
Bil Murid-murid:         12 Orang
Tema               :           Destinasi Pelancongan
Tajuk               :           Mari Melancong

Huraian Pelajaran
Fokus Utama   :           1.2 – bertanya dan menjawab sesuatu perkara
                                    Aras 2 (a) – menjawab soalan secara bertatasusila dengan menggunakan
                                    ungkapan yang betul.
Fokus Sampingan :      2.1 – bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas
                                    Aras 2 (i) – menceritakan cerita yang didengar dan ditonton dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
Sistem bahasa     :
(i)                  Tatabahasa  : Kata Hubung ( dan, kerana, sambil)
(ii)                Kosa Kata     : taman, melancong, Negara, pulau, pengalaman.
Pengisian Kurikulum:
(i)                  Ilmu       : Kajian Tempatan
(ii)                Nilai Murni          : Patriotisme
(iii)               Kemahiran berfikir          : menjana idea
(iv)              Kecerdasan Pelbagai      :  Naturalis, Visual
-4-
(v)                Teknologi Maklumat Komunikasi              :  Slaid, internet
(vi)              Kajian Masa Depan:
(vii)             Pengetahuan Sedia Ada:  Murid pernah melancong bersama keluarga ke tempat peranginan                     
                        (viii)     Alat Bantu Mengajar  : Laptop
                        (ix)       Bahan Bantu Mengajar           : Lembaran Kerja.

Langkah
Isi pelajaran
Aktiviti
Nota / BBM / ABM
Guru
Murid
Set induksi
( 4 minit)
-          Tayangan slaid
-          Lagu kenali  Malaysia
-       Guru menayangkan video dan menyuruh murid menyanyikan lagu “ Kenali Malaysia”
-       Guru menayangkan slaid tentang destinasi pelancongan yang terdapat di Malaysia
-       Guru bersoal jawab murid mengenai pengalaman murid melancong ke destinasi pelancongan
-          Murid menyanyi dengan penuh semangat
-          Murid memberi respon terhadap slaid yang ditayangkan
-          Menceritakan pengalaman  melancong ke tempat menarik
ABM
-          Laptop
BBM
-          Lirik lagu “Kenali Malaysia”
Langkah 1
( 8 minit)
-          Petikan dalam buku teks

-       Guru meminta murid membaca petikan secara kelas, kumpulan dan individu.
-       Guru bersoal-jawab secara lisan berkenaan isi kandungan teks.
-          Murid membaca dengan kuat teks prosa dengan sebutan dan intonasi yang betul
-          Murid menjawab soalan yang di kemukakan guru dengan ungkapan bertatasusila
ABM
-

BBM
-buku teks



Langkah 2
(15 minit)



-          Kosa kata

-          Kata hubung








-       Guru menerangkan sistem bahasa yang  dipelajari iaitu kata hubung.
-Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan kecil.Setiap kumpulan diagihkan dengan satu lembaran kerja yang berlainan soalannya. Guru meminta murid membuat perbincangan dalam kumpulan dengan merujuk nota untuk menjawab tugasan.Guru membimbing murid menyelesaikan tugasan.
-       Pembentangan hasil tugasan


-          Murid bergerak dalam kumpulan masing-masing.
-          Mengisi tempat kosong dengan kata hubung dalam lembaran kerja yang diedarkan guru melalui perbincangan
-          Membentangkan hasil perbincangan





ABM
-          Lembaran kerja

BBM
-          Buku teks
Penutup
(3minit)
-           
-       Guru merumuskan isi pelajaran pada hari ini
-       Guru menyuruh murid menyanyikan lagu “ Kenali Malaysia”
-          Murid memberi respon terhadap arahan guru
-          Murid menyanyi dengan penuh semangat
ABM
-          Laptop