Pengikut

Khamis, 1 Disember 2011

Contoh Ujian Pra- UPSR Bhg B dan C



Bahagian B
(Masa dicadangkan : 40 minit)
(30 markah)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1.      Pihak sekolah akan mengadakan satu majlis bersempena dengan Hari Guru tahun ini.   Sebagai ketua murid kamu telah  diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis itu nanti. Sediakan ucapan kamu selengkapnya.


ATAU

2.     Kamu tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah selama beberapa hari kerana terpaksa mengikuti keluarga pulang ke kampung halaman untuk melawat  datuk yang sakit . Tulis sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk menyatakan sebab ketidakhadiran kamu itu. Tulis surat kamu itu selengkapnya.



ATAU


3.     Pada cuti pertengahan semester yang lalu , kamu sekeluarga telah bercuti di kampung. Ceritakan pengalaman kamu itu.



2
Bahagian C
(Masa dicadangkan : 20 minit)
(20 markah)
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
         
         Ramli mempunyai sebuah gerai ikan bakar di Serian. Ramli membuka gerai tersebut dengan modal permulaan sebanyak RM 500. Gerai ikan bakar Ramli memang dikenali ramai. Gerainya sentiasa mendapat sambutan hangat bukan sahaja daripada penduduk setempat malahan daripada penduduk luar. Mereka datang dari jauh semata-mata ingin menikmati kesedapan dan keenakan ikan bakar Ramli. Gerai Ramli menjadi sebutan dan tidak hairanlah jika gerainya sentiasa dipenuhi pengunjung pada setiap malam. Di samping itu, Ramli sentiasa memastikan gerainya bebas daripada kotoran dan pencemaran. Setelah perniagaan Ramli maju, dia tidak mampu lagi untuk menguruskan gerai ikan bakarnya sendirian. Ramli mengambil beberapa orang pekerja untuk membantunya. Walaupun Ramli sibuk dan letih, namun dia tetap memberi layanan yang baik kepada para pelanggannya. Kepuasan hati pelanggan merupakan kepuasan bagi dirinya. Pada tahun berikutnya, perniagaan Ramli tidak tertumpu pada ikan bakar sahaja tetapi disediakan juga sotong bakar dan kerang bakar. Idea untuk menjual sotong dan kerang bakar adalah cadangan daripada seorang pelanggannya yang sering kali berkunjung ke gerainya. Ramli bercita-cita ingin membuka gerai ikan bakar yang lebih besar pada suatu hari nanti. Jika dia berusaha dengan gigih, impiannya pasti akan menjadi kenyataan.











3


                                                               
Bahagian C
1 Kita mesti gigih berusaha untuk berjaya.         
2 Pelanggan perlu dilayan dengan baik.
3 Kita mesti kreatif untuk memajukan lagi perniagaan.
4 Kita mesti mempunyai matlamat untuk memajukan lagi perniagaan
5 Kita mesti sentiasa berusaha untuk mencapai apa yang diimpikan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan